BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 3, 2010

Musim Gelama

Kepada semua kaki pancing ,jom memancing ikan gelama di Pantai Teluk Lipat Dungun .Sekarang ni musim gelama mendarat di Kawasan Pantai Teluk Lipat Dungun.


Monday, February 22, 2010

Musim Candat Sotong

Berpesta mencandat sotong

Oleh NOOR SHAMSIAH MOHAMAD

Perairan Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Bidong akan kelihatan bagaikan ada pesta di tengah laut apabila laut diterangi dengan sinaran lampu dari bot-bot nelayan sepanjang musim mencandat.

MOHD Ashraf Rosamizian seronok menunjukkan hasil candat sotong di Pulau Kapas, Terengganu,

AKTIVITI mencandat sotong amat sinonim dengan perairan negeri Terengganu dan lazimnya menjelang akhir bulan April hingga Julai, pasti ramai yang datang berkunjung untuk merasai sendiri pengalaman ini.

Bagi mereka yang pertama kali mencuba aktiviti ini akan terasa teruja lebih-lebih lagi apabila terbayangkan hasil tangkapan yang mampu mencecah sehingga puluhan malahan ratusan ekor sotong dalam satu malam jika terkena pada lubuknya.

Itu pun jika seseorang tidak mendapat mabuk dek buaian bot yang berhayun mengikut alunan ombak terutama apabila sauh bot diturunkan.

Oleh itu, bagi mereka yang kurang biasa melakukan aktiviti mencandat ini, pastikan anda mengambil ubat penahan mabuk laut terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada berputih mata dan makan hati apabila melihat rakan lain seronok menaikkan seekor demi seekor hasil tangkapan.

Ada juga pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menghalang daripada mendapat mabuk laut seperti menghidu kulit limau dan merasa sedikit air laut sebaik sahaja menaiki bot.

Namun, apa petua sekalipun jika tidak biasa dilambung ombak, mungkin seseorang terpaksa menggantikan aktiviti yang sepatutnya menjadi aktiviti mencandat sotong kepada aktiviti memberi 'makan sotong' sehingga tiada lagi sisa-sisa dalam perut yang mampu dikeluarkan.

Berbekalkan candat, tekong bot yang berpengalaman akan membawa peserta ke kawasan yang dikenal pasti menjadi lubuk atau kandang sotong kerana di sinilah kawasan utama haiwan ini mengawan dan bertelur.

Lazimnya, kegiatan ini akan bermula ketika waktu matahari terbenam sehingga fajar menyinsing kerana sotong akan mula berkumpul dan bermain di sekitar kawasan bot disebabkan tertarik dengan cahaya lampu yang dipasang.

Kerana itulah di pesisiran laut di seluruh negeri Terengganu bermula Kemaman sehingga ke Besut terutama perairan Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Bidong akan kelihatan bagaikan ada pesta di tengah laut apabila kawasan laut diterangi dengan sinaran lampu dari bot-bot nelayan sepanjang musim mencandat sotong.

Antara candat yang sering digunakan ialah candat jenis twist, udang, umpan, buntai dan pelbagai jenis candat yang mempunyai kail melebihi sepuluh mata yang dilekatkan pada timah dan dibalut dengan kain yang berwarna-warni.

Namun kini, mata-mata kail berkenaan dihiasi pada umpan tiruan berbentuk anak ikan atau udang plastik yang berkilat.

Cara untuk menggunakan alat ini pula ialah dengan melepaskan candat ke laut sehingga sampai ke dasar dan kemudian mengangkatnya kira-kira sejengkal dari dasar laut.

Kemudian tanpa menggunakan banyak tenaga, peserta hanya perlu bermain dengan candat itu dengan 'menarik dan melepasnya' bagi menampakkan seolah-olah candat itu hidup bagi menarik perhatian sotong untuk mendekati candat ini.

Jika bernasib baik dan terkena pada kandangnya, candat belum sampai ke dasar pun, sotong telah tersangkut pada candat.

Apabila terasa berat, segeralah menariknya ke atas bot untuk mengelakkan sotong itu terlepas dan dikhuatiri hanya janggut sotong yang terlekat pada mata kail candat itu.

Tetapi awas! ketika menaikkan sotong, perlulah berhati-hati kerana dikhuatiri terkena pancutan air atau dakwat sotong.

Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu (MTPNT), Ahmad Fathil Abd Ghani berkata, aktiviti mencandat sotong telah mula dipromosikan sebagai satu daripada aktiviti dalam kalendar pelancongan negeri sejak tahun 1990 lagi.

"Jika dahulu, aktiviti ini merupakan kegiatan yang dilakukan oleh nelayan untuk mencari rezeki, namun ia kini dijadikan sebagai aktiviti menarik kedatangan pelancong ke Terengganu.

"Kini, apabila tibanya musim mencandat, nelayan juga memperoleh peluang untuk menambah sumber pendapatan mereka dengan membawa pelancong, tidak kira dari dalam atau luar negara untuk mencuba aktiviti ini dengan sewa bot RM500 sebuah, bergantung pada saiz bot," katanya.

Beliau berkata, MTPNT dengan kerjasama Tourism Malaysia giat mempromosikan aktiviti ini dengan mengadakan Fiesta Mencandat Sotong di Pulau Redang sejak tahun lalu.

Pakej-pakej untuk kegiatan ini turut diselitkan dengan pakej penginapan bagi menarik bukan sahaja untuk pelancong tempatan tetapi luar negara yang diadakan dengan kerjasama pengusaha pelancongan di negeri ini.

Mereka yang berminat menyertai aktiviti ini boleh mendapatkan keterangan lanjut daripada agensi-agensi pelancongan di negeri ini, MTPNT atau Pelancongan Malaysia. - Bernama

Sumber Kosmo Online

Friday, January 22, 2010

Jalan2 Tasik Kenyir


Tinjau khazanah Tasik Kenyir

Selain bersuka ria di pekarangan resort, ada yang memilih untuk memancing, meredah keluasan tasik, meneroka gua ataupun bersendirian atas penginapan bot.



KALI ini persinggahan EKSTRA ialah Tasik Kenyir, Terengganu. Terpegun dalam pesona, nyata sekali kawasan takungan air seluas 260,000 hektar itu telah menyuburkan warisan alam semula jadi yang ada di sekelilingnya.
Tidak hairan jika sudah bertahun-tahun lokasi itu memukau hati ramai pengunjung hanya kerana pandangan kali pertama.

DI SEBALIK ketenangan air Tasik Kenyir, siapa sangka di dalamnya terdapat lebih 300 spesies ikan.


Tidak dapat dibayangkan bagaimana kawasan yang luas dan berbukit-bukit akhirnya berubah menjadi beratus-ratus buah pulau gara-gara ditenggelami air.
Didorong prospek pelancongan yang menggalakkan, sebahagian daripada pulau itu kini telah dibangunkan dengan kemudahan penginapan dan juga tarikan pengembaraan lain.

KENALI proses formasi batu dan hubungan biologi kehidupan di dalamnya.


“Tasik Kenyir adalah untuk mereka yang gemar pada ketenangan alam. Begitu juga dengan yang gila memancing.
“Saya sendiri kalau tidak bertugas atau beristirehat di pulau peranginan di perairan laut, akan menghabiskan masa berkhemah di pinggir tasik ini,” ujar Pengarah Urusan Ayu Mayang Resort di Pulau Redang, Yap Chuan Bin.

KETENANGAN yang menanti di sudut terlindung jaringan sungai.


Begitu sekali tarikan kawasan akuatik di utara bumi Darul Iman ini. Dengan panggilan 340 buah pulau di tengah tasik, 14 air terjun, beberapa jeram serta sungai, Tasik Kenyir sememangnya menyimpan ribuan khazanah alam yang berharga.
“Orang sepatutnya menghargai simfoni semula jadi seperti bunyi unggas dan serangga, kesegaran udara dan juga kedamaian yang dipersembahkan kepada semua. Hormatilah alam yang indah ini,” tambah Yap.

GAYA hidup atas bot boleh dicuba bagi yang mahukan kelainan.





LALUAN pejalan kaki dalam Gua Bewah telah dipermudahkan untuk pengunjung.






SELAIN meredah tasik, tetamu Tasik Kenyir boleh menyertai aktiviti memancing, berkayak, meredah hutan atau melawat santuari kelah.






JETI singgah yang menyambut kedatangan pengunjung ke mulut Gua Bewah.









Sama seperti pejuang alam sekitar yang lain, lelaki yang ditemui ini kurang bersetuju dengan pengusaha pelancongan atau resort yang mengganggu aturan itu dengan operasi karaoke, pusat hiburan dan ekspedisi pacuan empat roda yang melampau.
Memang benar, hutan hujan yang menyumbangkan kesegaran oksigen di Tasik Kenyir turut menjadi habitat bagi pelbagai hidupan flora dan fauna.
Pasti seronok para pencinta alam jika menemui spesies pokok pakis yang jarang ditemui, anggerik eksotik, atau unggas dan haiwan seperti enggang, gajah, cempelai dan juga harimau kumbang.
Mengikut brosur promosi pelancongan yang dipetik daripada rekod Jabatan Perhilitan, Tasik Kenyir dan belantara di sekelilingnya menjadi rumah bagi lebih daripada 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies pokok dan tumbuhan termasuk 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.
Bagaimana agaknya aksi dan cabaran menaikkan baung, lampam, toman dan kelah di sini? Kajian terkini mendapati terdapat kira-kira 300 spesies ikan air tawar membiak di dalam Tasik Kenyir.
Kalau belum menandakan lokasi ini dalam rencana kunjungan akan datang, mungkin statistik itu membuatkan jantung si kaki pancing berdegup lebih kencang!
Bersiar dengan bot, berkayak, merentas hutan, ekspedisi pacuan empat roda dan panggilan padang golf adalah antara senarai riadah dan rekreasi yang popular di sekitar tasik yang menjadi pintu masuk ke Taman Negara melalui Tanjung Mentong ini.
Jika kawasan perkhemahan dan trek merentas hutan mudah disertai di sepanjang Sungai Saok, Lasir, Cacing, Lawit, Petang, Terenggan, Tembat dan Pulau Poh, aktiviti rentas hutan yang ekstrem pula menanti di trek laluan ke puncak Gunung Gagau.
Tidak ketinggalan ialah aktiviti meneroka gua. Selain Gua Taat, Gua Bewah sangat diingati kerana kisah kehidupan manusia prasejarah banyak diceritakan sepanjang usia kewujudannya.
Kedua-dua gua itu antara yang masih boleh dikunjungi ‘isi perutnya’ kerana tidak ditenggelami air sejak pembinaan Empangan Kenyir.
Di Tasik Kenyir, pengunjung tidak perlu khuatir akan soal penginapan. Di sini terdapat pilihan penginapan bertaraf tiga bintang yang masing-masing bersaing menawarkan kemudahan bernilai tambah.
Paling popular dan mungkin menghampakan pengunjung yang terlewat menempah pada musim tertentu tentunya penginapan gaya calet tradisional.
Baik yang dibina di atas pulau, gaya terapung seperti rumah bot ataupun yang terperosok sedikit ke dalam redup rimba, semuanya sedia dihuni.
“Antara perkara yang menjadi faktor dalam membuat keputusan penginapan ialah kemudahan dalam bilik, panorama persekitaran, arah matahari terbit, lokasi memancing, aspek privasi dan juga jarak perjalanan dari Jeti Gawi,” kata Azmi Mohd., dari agensi pelancongan Ping Anchorage Travel & Tours Sdn. Bhd.
Memetik perancangan kerajaan negeri melalui kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tahun lalu, Tasik Kenyir dijangka muncul dengan tarikan baru iaitu aktiviti jelajah pulau.
Sebanyak 10 buah pulau kecil yang terdapat di bahagian utara Tasik Kenyir akan dibangunkan mengikut tema tertentu.
Projek yang dilaksanakan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) itu akan menyaksikan pembinaan Taman Eko-Kenyir seluas 61 hektar di Pulau Selimbar, Pulau Tekak Kecil dan Pulau Kuala Tekak.
Sumber : Kosmo Online 




IKLAN : TONTON TV ONLINE ..........KLIK SINI


Wednesday, December 23, 2009

Kuala Terengganu

Musim tengkujuh belum berakhir.Walaupun hajat anda untuk bermandi-manda dan bercanda di pantai Terengganu yang bersih ,indah dan menarik tak kesampaian , namun Terengganu sebenarnya menjanjikan percutian yang menarik buat anda sekeluarga.Kenapa anda tidak membawa keluarga ke Muzium Losong yang terbesar di Asia Tenggara , terletak di  Losong,atau ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.Menariknya destinasi anda ke Pulau Wan Man melalui Muzium Losong.Kalau anda teringin kuih tradisional Melayu  singgah saja di Pasar Payang atau ke Bazar Warisan yang terletak bersebelahan Pasar Payang.Bagi anda yang ingin bersolat singgah saja di Masjid Terapung Kuala Ibai sambil menikmati keindahan hasil kesenian arkitek Islam.Buat anda yang gemarkan batik kunjung Noor Arfa Batik di Chendering , Marang untuk melihat sendiri bagaimana batik dihasilkan sambil membeli-belah barangan berasaskan batik.

Sunday, December 13, 2009

Hotel di Dungun

Sekiranya anda ingin menikmati keindahan pantai Teluk Bidara dalam suasana percutian mewah ,Tanjung Jara Beach Resort menjanjikan kegembiraan dan ketenangan buat anda. Hubungi 09-8451100 untuk maklumat lanjut.Bagi yang mencari tempat untuk menginap semasa mendaftarkan anak atau saudara- mara di UiTM Dungun, Politeknik , Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah menengah Sains Dungun kenapa anda tidak memilih Hotel UiTM Dungun yang selesa ,berhadapan Laut China Selatan dan berpatutan harganya .Cepat hubungi 09-8481700 untuk maklumat lanjut dan tempahan bilik.Buat anda yang ingin melihat penyu bertelur di Rantau Abang ,cubalah singgah di Awang Beach Resort (09-8443500 / 09-8484500) yang pasti menjanjikan ketenangan buat anda yang mencari chalet yang berpatutan harganya.Kepada pencinta alam yang ingin melawat perkampungan tradisional Pasir Raja dan Air Terjun Cemerong , pastikan anda menginap di Residence Resort Paka ( 09- 8273366) atau Homestay Pasir Raja ( 09- 8841616 / 09- 8481616).Jom jalan-jalan ke Terengganu , NEGERI Cantik BUDAYA Menarik.

Friday, November 27, 2009

Masjid Kristal


Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan

Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran  elektronik.

Ruang Dalaman Masjid Kristal 

Black FRIDAY WITH Amazon.com



Thursday, October 15, 2009

LA Hot Spring Jerteh


There is a hot spring in Besut which is known as the Hot Springs with its water temperature ranging from 45 to 49 degrees celcius. The water contains natural sulfur which is said to have healing properties. Visitors Flock to Spring so when he reached skin diseases.
Air mata air panas di Kg La Jerteh , Besut yang diketahui sebagai Mata Air Panas dengan suhu airnya meliputi 45 untuk 49 darjah celsius. Ia mengandungi sulfur semula jadi yang dikatakan berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit kulit.
Jarak Kg La dengan Jerteh lebih kurang 30 km sahaja.Jom Gi Ganu

Wednesday, August 5, 2009

Dungun Damai-Pantai-Chalet



BesTjomjalan


Kalau korang jalan-jalan kat Dungun jangan lupa singgah dan menginap di Damai Pantai Chalet.Lokasinya yang strategik,menghadap Laut China Selatan pasti memberikan sejuta kenangan dan ketenangan buat korang semua.Harga? Amat berpatutan ...cukup sesuai bagi korang yang mementingkan budget semasa melancong ke Terengganu.

Contac Number : 09-8457292 @ 013-9847292 - Hjh Siti Rohani Bt Hussin

Download atau muatturun Tip Melancong
Percuma...di sini

Monday, August 3, 2009

Canting Batik Awana Kijal

bestjomjalan

Anda ingin merasai sendiri bagaimana mencanting(melukis) batik?Orang ramai yang ingin menyaksikan aktiviti mencanting batik boleh berbuat demikian dengan melawat Hotel Peranginan Awana Kijal (Golf Beach and Spa Resort). Proses mencanting batik dimulakan dengan proses mencairkan lilin dan ia tidak mengambil masa yang lama.
Kemudian, pengunjung boleh mencanting batik di atas kain putih yang disediakan.

Pengunjung boleh memilih corak bersesuaian sama ada bunga atau abstrak dan pengunjung boleh mencanting serta mewarna dengan bantuan petugas hotel.Proses mencanting batik hanya mengambil masa 15 minit dan ada ketikanya sehingga satu jam kerana leka menyiapkan corak batik. Selain itu hotel di sini menyediakan pakej bersesuaian dan pengunjung boleh memilih pakej dengan kadar harga berpatutan, yang pasti pilihan yang dilakukan pasti memenuhi selera semua.Pengunjung juga boleh membeli belah di Butik Nor Arfa di sini, yang menjual pelbagai jenis pakaian dan kemeja batik dengan corak terkini. Rekaan yang ditampilkan juga terkini, berkualiti dan memenuhi selera masyarakat.

bestjomjalan

Thursday, July 23, 2009

Hotel GrandContinental Kuala Terengganu

bestjomjalan

Anda ingin menyaksikan pandangan menakjubkan Laut China Selatan , melihat nelayan mudik di Muara Sungai Terengganu ,kampung-kampung nelayan yang tersusun indah, Mercu tanda Batu Bersurat di Bulatan Ladang atau Masjid Terapung dan Pasar Payang .bestjomjalan mencadangkan anda menginap di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu.

bestjomjalan